
Tentang NADI
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

Objektif NADI
Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada komuniti khususnya di luar bandar dan dari kawasan yang kurang liputan perkhidmatan;
Memperkasakan komuniti melalui program-program yang lebih mampan dan relevan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi. Program-program yang ditawarkan di NADI merangkumi lima (5) bidang fokus utama iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan initiatif kerajaan; dan
Menyediakan platform untuk masyarakat luar bandar terutamanya komuniti sekitar NADI mendapat maklumat yang terkini dan tepat berkenaan inisiatif-inisiatif Kerajaan seperti PADU, Manfaat MADANI dan BUDI MADANI agar semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Teras Perkhidmatan Pintar

Melahirkan usahawan yang berdaya saing dan lestari melalui perkhidmatan pintar yang disediakan.

Menyediakan platform bagi golongan yang tidak berkemampuan serta tercicir untuk mendapat pendidikan dan kemahiran.

Merapatkan jurang pengetahuan berkenaan kesihatan dan kesejahteraan diri.

Mengawal selia kendiri serta menyedari batasan penggunaan Internet dan media sosial.

Menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif kerajaan yang terkini dengan tepat.

Ketahui inisiatif bergerak NADI yang mendekati komuniti di seluruh negara.
