Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil dan diiringi oleh Ahli Dewan Negara, YB Senator Tuan Monalan Bin Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Pengarah JAKOA Selangor, Rosmaini Bin Baat serta pegawai-pegawai tinggi daripada Kementerian Komunikasi.
Antara aktiviti di dalam NADI adalah Sesi Interaktif Kesedaran Keselamatan Dalam Talian oleh petugas NADI dan MCMC Negeri Selangor kepada 15 orang murid Sekolah Kebangsaan Sungai Melut (A), Sepang.
Selain daripada itu, petugas NADI turut membuka reruai pendaftaran keahlian NADI secara percuma dan pemeriksaan saringan asas kesihatan kepada pengunjung yang hadir.