Penerangan mengenai NADI

Apa itu NADI?

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).

Ia ditubuhkan bagi memastikan akses digital yang inklusif dan meluas kepada komuniti di seluruh negara, terutamanya bagi golongan luar bandar dan berpendapatan rendah.

Lokasi NADI di Malaysia

Jumlah Terkini NADI = 1,099

Hover pada setiap negeri untuk butiran lanjut

Perkhidmatan Pintar NADI

NADI menyediakan perkhidmatan pintar yang memfokuskan kepada pembangunan keusahawanan, penyebaran maklumat inisiatif kerajaan, kesedaran penggunaan internet, kesejahteraan kendiri, pembelajaran sepanjang hayat dan akses digital bergerak melalui NADI on Wheels (NOW).

Ilustrasi perkhidmatan pintar NADI

NADI Kini Ada Aplikasi

Semua urusan jadi lebih mudah di hujung jari anda.

Aplikasi Ahli NADI
Tempahan penggunaan PC di NADI
Carian lokasi NADI terdekat
Kemas kini maklumat keahlian
Pemantauan rekod kesihatan
Makluman dan pengumuman rasmi NADI
Muat turun Aplikasi Ahli NADI sekarang
Imbas kod QR di desktop atau terus muat turun di telefon.