NADI menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk program keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, program kesedaran keselamatan, dan kolaborasi bersama program-program kerajaan.
Semua individu dari komuniti setempat layak untuk menyertai program-program NADI, dengan beberapa program direka khusus untuk kanak-kanak, remaja, wanita, dan usahawan.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui pendaftaran di NADI yang berdekatan. Pengguna perlu mengisi maklumat peribadi asas dan memilih program yang diinginkan.
Pendaftaran sebagai ahli NADI adalah percuma! Setelah berdaftar, anda boleh menyertai semua program NADI tanpa sebarang bayaran. Jika anda sudah menjadi ahli NADI, anda hanya perlu terus menikmati manfaat program yang disediakan tanpa perlu mendaftar semula.
Program NADI dijalankan melalui laman web rasmi NADI, dengan akses ke sesi maya untuk latihan, konsultasi, dan pemantauan. Selain itu, hebahan juga dibuat melalui media sosial rasmi NADI serta aplikasi kumpulan seperti Telegram dan WhatsApp bagi memastikan maklumat program sampai kepada komuniti dengan lebih meluas dan pantas.
Had umur berbeza mengikut program. Beberapa program ditujukan khusus kepada pelajar sekolah, kanak-kanak, atau orang dewasa, manakala sesetengah program terbuka kepada semua peringkat umur.
Ya, peserta dibenarkan mendaftar untuk lebih daripada satu program jika mereka berminat dan memenuhi kriteria program tersebut.
NADI menggunakan protokol keselamatan data yang ketat untuk melindungi maklumat peribadi. Data disimpan dengan selamat dan hanya diakses oleh pihak yang diberi kuasa.
Anda boleh menghubungi sokongan pelanggan NADI melalui e-mel atau talian bantuan yang disediakan di laman web NADI.
Terdapat beberapa program perkhidmatan NADI yang menawarkan sijil kepada peserta yang menyertai program-program yang ditawarkan.